THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Jumaat, 23 Oktober 2009

Anakku.......

MUHAMMAD FARIZ LUQMAN
nama yang telah saya dan suami sepakat untuk diberikan kepada anak kedua dari hasil perkahwinan kami. Fariz itulah nama panggilan ayah dan ibu dilahirkan pada 15 ogos 2009 tepat pada pukul 10.27 pagi dihospital taiping. Syukur alhamdulilah kerana kami dikurniakan anak lelaki sekarang saya telah punyai seorang anak perempuan yang berusia 5 tahun dan seorang anak lelaki yang baru berusia 2 bulan setangah.
semoga dengan kehadiran cahaya mata kedua ni akan memberikan lagi kebahagian kepada keluarga saya yang sememangnya sudah bahagia.





Rabu, 8 Julai 2009

Hmmm dah nak masuk bulan Aug

Pejam celik.... Pejam celik.... dah nak masuk bulan august. Tak lama nanti kita semua umat islam akan menjalani ibadah puasa. Kejap je rasa...... Tapi tu Bulan puasa ni aku langsung tak boleh puasa walaupun sehari sebabnya masa bulan puasa tu aku dok dalam pantang anak nombor dua. Silap rancang la plak. Rancang punya rancang kena bulan puasa plak aku pantang kali ni.....
Tapi masa anak sulung aku haritu pun bulan puasa juga tapi alhamdulilah sempat juga aku berpuasa sebanyak 20 hari... masa nak ganti nanti tak la teruk sangat tapi kali ni hmmmm sebulan aku kena ganti.... Bulan puasa tahun sudah sempat la juga aku bersahur dan berbuka puasa dengan suami tersayang..... Tapi kali ni kesian kat suami aku, aku langsung tak boleh berbuka dan bersahur dengan aku.... tapi apa nak buat kan dah tersilap rancang hehehehehe!!!!!!
ok la apa-apa hal aku harap aku selamat melahirkan anak kedua ku ini dengan selamat.... lelaki ke perempuan tak kisah janji sihat, selamat dan cukup sifatnya.....
amin.....

Khamis, 28 Mei 2009

Antara cinta manusia & cinta illahi......

Hati ini laksana lautan yang dalam,
Bergelora berkocak tanpa sebarang sempadan,
Dalamnya luas, tiada yang mampu teroka,
Kerana airnya dalam, sukar diduga.
Bila mana manusia cuba mencari cinta,
Tersepit diantara suka dan duka,
Apakah ini cinta sepenuh jiwa,
Yang menjanjikan jaminan bahagia semata.
Bila hati berombak bergelora mencari makna suci,
Tersepit diantara cinta manusia dan cinta Illahi,
Apakah ia dikira musyrik,
Tidak membeza yang mana yang perlu dicari.
Kerdilnya manusia, bila ia diuji,
Karam di tengah lautan yang tak bertepi,
Kerana tiada yang mampu mengajari,
Hanya Dia, yang mampu tunjuki.
Bila dirasa cinta itu suci,
Salahkah ia mencari cinta insani,
Lumrah manusia memang tidak boleh lari,
Kerana itu dijadikan perempuan dan juga lelaki.
Cinta bagaimana yang dikira suci?
Cinta Rabiatul pada Allah yang Maha suci
Atau cinta suami kepada isteri?
Mungkin juga cinta anak kepada penawar hati?
Yang mana yang mesti dicari?
Andai diri tak punya kekuatan imani.
Bila mana ditolak hati ini ini pada alam duniawi,
Menutup terus dari dinodai,
Yang diyakini cinta agung pada Dia yang suci,
Kekosongan jiwa semakin dirasai,
Lantaran ramai yang masih terus menyayangi dan disayangi,
Kerana kita tidak mampu untuk terus berseorang diri.
Ku dambakan hanya
lah cinta Illahi,
Tidak dinafi cinta mereka yang disanjungi
Namun salahkah aku, wahai Rabbul Izzati,
Dalam diri, dikongsi cinta Engkau dan cinta insani,
Aku syirikkah, aku munafikkah?
Gerun aku bila memikirkan masalah,
Bila ia berkait dengan jiwa yang resah,
Tanpa petunjuk, Allah yang maha Gagah,
Aku sentiasa buntu umpama bayi yang lemah.
Dikala mencari, ku temui suatu hikmah,
Manusia dijadikan sebagai makhluk yang indah,
Dibezakan dan diberi rahmah,
Kerana itu diberi perasaan yang gentar dan gundah,
Bila dicari suatu yang tidak pernah diubah,
Yang diharap dapatlah ia terus berada di jalan yang diamanah.

Rabu, 13 Mei 2009

Jalan-jalan di Zoo Taiping.....
















My Lovely Husband.......

Inilah saat paling bersejarah bagi setiap pasangan yang bercinta. Akhirnya cinta mereka yang suci disatukan dengan akad nikah dan disandingkan diatas pelamin yang sungguh cantik.
Inilah suami yang paling saya sayangi......
tiada siapa yang dapat memisahkan kami
kecuali takdir dari yang maha esa











Buah hati ayan dan ibu.....

INILAH PERMATA HATI AYAH DAN IBU
FATHIN IZZATIE






























Selasa, 12 Mei 2009

Fathin Bersama dengan sepupu-sepupunya




Hanya Tinggal kenangan.......

Inilah gambar kenangan bersama arwah ayah tersayang.......
Arwah telah pergi meninggalkan anak dan cucu-cucunya
pada malam Tahun Baru 2009
Arwah meninggal pada 31 dec 2008
tepat jam 11.45 mlm
Arwah menghembuskan nafas terakhirnya
disebelah isteri serta anak-anak tersayang
Saya sendiri menyaksikan bagaimana arwah menghembuskan
nafas terakhirnya didepan mata saya sendiri
memang cukup sayut dan sedih sekali.....
AL-FATIHAH
UNTUK ARWAH AYAH SEMOGA
ROHNYA DIRAHMATI ALLAH DAN JUGA BERADA
DIDALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN
......AMIN.....





Jumaat, 8 Mei 2009

SEANDAINYA TELAH KAU CATATKAN DIA MILIKKU
TERCIPTA BUAT KU
DEKATKANLAH DIA PADAKU
SATUKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU
TITIPKANLAH KEMESRAAN DIANTARA KAMI
AGAR KEBAHAGIAAN ITU ABADI
DAN TUHANKU YANG MAHA PENGASIH
SEIRINGKANLAH KAMI DALAM MELAYARI HIDUP
KETEPIAN YANG SEJAHTERA
TETAPI......
TUHANKU SEANDAINYA TELAH KAU TAKDIRKAN
DIA BUKAN MILIKKU
BAWALAH DIA JAUH DARI PANDANGANKU
LUPUT DI INGATANKU
DAN PELIHARALAH DIRIKU DAN DIRINYA
DARI KECEWA
YA TUHANKU YANG MAHA MENGERTI
BERILAH DAKU KEKUATAN
MELONTAR BAYANGNYA KE DADA LANGIT
HILANG BERSAMA SENJA MERAH
DAN DALAM PEKAT MALAM
AGAR AKU RASA BAHAGIA WALAU
TANPA DIRINYA DAN TUHANKU YANG TERCINTA
GANTIKANLAH YANG TELAH HILANG
TUMBUHKANLAH KEMBALI YANG TELAH PATAH
MESKIPUN TIDAKKAN SAMA DENGAN DIRINYA
JIKA BENAR CINTA INI CINTA SUCI
IA AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA
TETAPI JIKA IA PERGI DAN TIDAK BERKUNJUNG LAGI
MAKA ANGGAPLAH IA TIDAK WUJUD DARI AWAL LAGI

pengenalan.......

Assalamualaikum......
ini adalah laman blog untuk keluarga bahagia saya.....
saya menpunyai seorang cahayamata perempuan yang berumur 4 tahun lebih. Insyaallah kalau tak ada aral melintang kami sekeluarga akan mendapat cahayamata kedua pada bulan Ogos 2009 ni. Saya berharap akan mandapat seoarang cahayamata lelaki.....
Semoga dengan kehadiran cahayamata kedua saya ni akan memberi kebahgiaan lagi kepada keluarga saya yang sememangnya sudah pun bahagia.... AMIN.....