Bergelora berkocak tanpa sebarang sempadan,
Dalamnya luas, tiada yang mampu teroka,
Kerana airnya dalam, sukar diduga.
Tersepit diantara suka dan duka,
Apakah ini cinta sepenuh jiwa,
Yang menjanjikan jaminan bahagia semata.
Bila hati berombak bergelora mencari makna suci,
Tersepit diantara cinta manusia dan cinta Illahi,
Tidak membeza yang mana yang perlu dicari.
Kerdilnya manusia, bila ia diuji,
Karam di tengah lautan yang tak bertepi,
Kerana tiada yang mampu mengajari,
Salahkah ia mencari cinta insani,
Lumrah manusia memang tidak boleh lari,
Kerana itu dijadikan perempuan dan juga lelaki.
Mungkin juga cinta anak kepada penawar hati?
Yang mana yang mesti dicari?
Andai diri tak punya kekuatan imani.
Menutup terus dari dinodai,
Yang diyakini cinta agung pada Dia yang suci,
Kekosongan jiwa semakin dirasai,
Lantaran ramai yang masih terus menyayangi dan disayangi,
Kerana kita tidak mampu untuk terus berseorang diri.
lah cinta Illahi,
Dalam diri, dikongsi cinta Engkau dan cinta insani,
Gerun aku bila memikirkan masalah,
Bila ia berkait dengan jiwa yang resah,
Tanpa petunjuk, Allah yang maha Gagah,
Aku sentiasa buntu umpama bayi yang lemah.
Dikala mencari, ku temui suatu hikmah,
Manusia dijadikan sebagai makhluk yang indah,
Dibezakan dan diberi rahmah,
Kerana itu diberi perasaan yang gentar dan gundah,
Bila dicari suatu yang tidak pernah diubah,
Yang diharap dapatlah ia terus berada di jalan yang diamanah.